Kerajaan perlu segera kuat kuasa Akta Kawalan Harga
- Details
09 Jun 2021
SHAH ALAM - Kerajaan perlu segera menguatkuasakan Akta Kawalan Harga bagi mengawal kenaikan harga barangan asas termasuk minyak masak yang berlaku ketika ini.
Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr Marimuthu Nadason berkata, akta tersebut perlu digunakan bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga yang tinggi.
âKita mempunyai Akta Kawalan Harga. Kerajaan harus menggunakan akta ini pada masa ini untuk barangan asas seperti minyak masak, beras dan gula. Ini semua adalah barangan keperluan asas yang diperlukan rakyat semua.
âSetiap tahun, kita ada musim perayaan dan kerajaan guna akta itu untuk harga siling. Begitu juga sekarang, kita gunakan harga siling kepada barangan asas supaya ia tidak boleh naik mendadak.
âKalau kerajaan tidak tolong dan membiarkan sahaja, rakyat akan jadi susah. Bagaimana untuk mereka mendapatkan sumber bahan makanan,â katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Marimuthu turut mencadangkan agar kerajaan mempunyai satu sistem amaran awal terhadap barangan yang berkemungkinan kehabisan stok dalam masa terdekat.
Katanya, kerajaan juga harus memberi kelonggaran kepada pihak yang mampu mengimport barangan asas bagi memastikan stok mencukupi.
âKerajaan harus memberi kelonggaran kepada mereka yang boleh mengimport. Tak perlu ada monopoli.
âKalau semua barangan dimonopoli pihak tertentu, bagaimana mahu mendapatkan barangan dengan harga berpatutan?â soal beliau.
Sumber:
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Minyak masak subsidi habis
- Details
9 JUN2021
SHAH ALAM - Isu kenaikan harga minyak masak sejak kebelakangan ini mencetuskan rasa bimbang pengguna khususnya peniaga makanan.
Tinjauan pada hari kedua Sinar Harian mengenai isu kenaikan harga minyak masak mendapati rak-rak menempatkan minyak masak subsidi di beberapa kedai runcit dan pasar raya di beberapa negeri telah pun kosong.
Hasil tinjauan akhbar ini juga mendapati peruncit di sekitar bandar raya ini terpaksa mengehadkan jualan minyak masak dalam peket satu kilogram (kg) kepada pembeli berikutan stok bekalan berkurangan, dalam masa sama mendapat permintaan tinggi.
Ada juga peniaga meletakkan had seorang pelanggan tidak boleh membeli melebihi dua atau tiga peket dalam satu masa.
Pemilik kedai runcit di Seksyen 15, S Kumar, 44, berkata, dia terpaksa berbuat demikian berikutan bekalan stok bahan berkenaan semakin berkurangan sejak dua minggu lalu.
âKita terpaksa mengehadkan jualan kerana bimbang nanti ada pihak yang membuat pembelian secara banyak, sedangkan stok yang kita terima daripada pembekal semakin berkurangan,â katanya.
Kumar berkata, sebelum ini, dia mengambil sekitar tiga ke empat kotak minyak masak daripada pembekal, namun jumlah itu berkurangan sejak kebelakangan ini.
âOleh kerana stok yang ada pada kita pun terus berkurangan, kita terpaksa mengehadkan jualan bagi setiap orang bagi membolehkan lebih ramai untuk membelinya,â katanya.
Di PERAK, bekalan minyak masak bersubsidi di sekitar bandar raya ini masih boleh diperoleh pengguna biarpun jumlah pembelian terhad.
Tinjauan di beberapa kedai runcit dan pasar raya mendapati orang ramai masih boleh mendapatkan minyak masak tersebut dengan setiap seorang dihadkan hanya dua peket.
'Aduhai cik misi, RM94,000 lesap...'
- Details
Jun 8, 2021 @ 11:23pm
Port Dickson: Seorang jururawat mendakwa kerugian RM94,000 akibat ditipu sindiket Macau Scam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, wanita berusia 31 trahun itu membuat laporan polis pada 5 Jun lalu mendakwa ditipu sindiket menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
"Mangsa menerima panggilan daripada nombor talian mudah alih yang mendakwa daripada LHDN dan memaklumkan dia mempunyai tunggakan cukai RM38,600.90 berkaitan syarikat didaftarkan atas namanya.
"Mangsa menafikan perkara ini dan panggilan disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan untuk tujuan membuat laporan polis secara dalam talian," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya bercakap dengan pegawai polis berpangkat Asisten Komisioner dan diminta untuk memuat turun pautan aplikasi MyBNM.
Menurutnya, dalam aplikasi itu, pengadu kemudiannya memasukkan butiran nama dan nombor kad pengenalan miliknya.
"Aplikasi ini dikatakan untuk tujuan keselamatan supaya wang di dalam akaun mangsa tidak ditolak untuk tunggakan cukai itu.
"Bagaimanapun, apabila membuat semakan dengan pihak bank, wanita itu mendapati wang simpanan di dalam salah satu akaun miliknya sudah dipindahkan kepada beberapa akaun tidak dikenali dalam 11 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM94,000," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Fomca: Pantau dan tingkatkan pengeluaran minyak masak paket
- Details
8 Jun 2021, 9:28 pm
Selepas isu kenaikan harga minyak masak melambung tinggi, kini timbul pula masalah kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi atau minyak masak paket di pasaran, kata Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).
Timbalan Setiausaha Agungnya, Nur Asyikin Aminuddin berkata dakwaan itu timbul selepas Fomca dan ahli gabungannya terutama di luar bandar menerima aduan daripada pengguna mengenai kesukaran mendapatkan minyak masak paket di tempat mereka.
"Fomca sedia maklum dengan isu kenaikan harga minyak. Namun begitu, keterdapatan minyak masak paket juga menjadi persoalan," kata dalam satu kenyataan.
Ekoran daripada itu, Nur Asyikin meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan dan meningkatkan pengeluaran kuantiti minyak masak paket supaya lebih ramai pengguna dapat menikmati subsidi minyak masak.
âApabila kenaikan minyak sawit yang terlampau tinggi buat masa ini, tidak mustahil ada pihak yang gelap mata untuk mengaut keuntungan yang lebih.
âMaka, pemantauan ke atas minyak masak paket perlu dijalankan secara menyeluruh supaya tiada pihak yang bermain dengan kuantiti minyak masak yang bersubsidi ini dan supaya isu integriti juga terpelihara," katanya.
Sementara itu, Nur Asyikin turut membangkitkan persoalan mengenai isu kualiti minyak masak paket bersubsidi.
Menurut Nur Asyikin, pemantauan terhadap kualiti minyak masak sangat penting kerana ia melibatkan isu kesihatan pengguna yang menggunakannya.
"Pihak berkuasa perlu memantau kualiti minyak masak paket secara berkala, bukannya berdasarkan aduan pengguna supaya kualiti minyak paket sentiasa terkawal rapi.
Read more: Fomca: Pantau dan tingkatkan pengeluaran minyak masak paket
Kenaikan harga minyak bebankan rakyat
- Details
Jun 8, 2021 @ 1:48pm
Kota Bharu: Kenaikan harga minyak masak botol lima kilogram (kg) selain kekurangan bekalan minyak paket bersubsidi secara tidak langsung memberi kesan serta membebankan orang ramai.
Tinjauan di beberapa pasar raya, pasar mini, dan kedai runcit di sekitar Kota Bharu mendapati harga minyak masak botol lima kg naik sehingga RM7 sebotol berbanding harga sebelum ini iaitu antara RM25 hingga RM33 bergantung kepada jenama.
Pada masa sama, tinjauan di kedai runcit pula mendapati kebanyakan peniaga mengalami masalah kekurangan bekalan minyak masak paket sejak lebih sebulan lalu menyebabkan pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli minyak masak botol walaupun harganya agak mahal.
Bagi peniaga makanan, Siti Nuraisyah Ibrahim, 32, berkata, sejak dari dahulu lagi minyak masak dalam botol menjadi pilihannya disebabkan penggunaannya lebih tahan lama selain kualiti juga lebih bagus berbanding minyak masak di dalam paket.
"Bagaimanapun sejak seminggu lalu selepas kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan penuh (SPP) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 saya mendapati minyak masak botol lima kilogram sudah naik harga.
"Sebelum ini harga minyak masak itu adalah antara RM25 hingga RM27, namun tidak sampai sebulan minyak masak berkenaan naik secara drastik sehingga mencecah harga RM33.
"Harga barang keperluan terutama minyak masak yang melonjak naik sangat membebankan pengguna apatah kepada mereka yang mengusahakan perniagaan menjual makanan demi kelangsungan hidup," katanya ketika ditemui di KB Mall, di sini, hari ini.
Sementara itu, seorang suri rumah, Siti Zawinah Zainal Abidin, 56, berkata, sebelum ini, harga minyak masak dalam botol dianggarkan antara RM20 hingga RM30 mengikut jenama.
"Bagaimanapun, saya sangat terkejut dengan kenaikan mendadak harga minyak masak botol lima kg berbanding sebelum ini dan dalam masa sama penggunaan minyak masak pada setiap bulan juga bertambah disebabkan mempunyai anak ramai dan setiap hari perlu memasak untuk mereka.
"Saya rasa harga minyak masak ini mula naik sejak beberapa minggu lalu kerana sebelum ini saya ada membeli minyak masak pada harga RM26, namun hari ini ia dijual pada harga RM30.50," katanya.
Panic buying a sign of anxiety: Expert
- Details
08 JUN 2021 / 10:09 H
PETALING JAYA: The picture of a shopping cart spilling over with toilet rolls is likely the most iconic image of panic buying just before a total lockdown.
Rather than a reflection of any fear of a prolonged tummy upset, it is symbolic of anxiety that essential supplies may run out.
Many went on a shopping spree when the first movement control order (MCO) was declared in March last year, said counselling psychologist Dr Gerard Louis
âPeople develop anxiety when there are uncertainties,â he told theSun.
âThey just didnât know how long the lockdown would last.â
However, there was not much panic buying when the second MCO was put in place because people were not as anxious as before.
Now, a significant daily increase in the number of new Covid-19 cases and the sharply rising death toll have brought back the anxiety.
âPeople are now unsure if the lockdown will be extended beyond June 14,â the Help University dean added.
He said the feeling of uncertainty has fuelled negative emotions such as anxiety and lack of self control.
âWhen a shopper manages to get the item he desires, it alleviates anxiety. Panic buying is some sort of a coping mechanism.â
Louis said pictures of long queues at supermarkets on social media could have further exacerbated feelings of anxiety and influenced people to binge-buy.
The government and the media could help change this behaviour by sending the right signals.
Harga minyak masak naik lagi, KPDNHEP dirayu jangan âtutup mataâ.
- Details
June 7, 2021 8:00 AM
PETALING JAYA: Kumpulan pengguna mendesak kerajaan segera campur tangan dalam isu kenaikan mendadak harga minyak masak sehingga lebih RM30 bagi 5kg.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu membuka mata serta melihat sendiri âkeperitan sebenarâ yang dihadapi pengguna ketika ini.
âSiasatan perlu dilakukan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kenaikan ini berlaku dan pada masa sama memastikan ia tidak terus berleluasa,â katanya kepada FMT.
Malah, beliau berkata, sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan untuk menetapkan kembali harga siling bagi minyak masak yang dibotolkan dan dimasukkan dalam senarai harga barangan kawalan supaya rakyat tidak terus menderita.
âPengguna sudah tertekan dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang mengehadkan sumber pendapatan mereka, malah dalam tempoh berkurung juga, kita lihat trend penggunaan minyak masak adalah tinggi kerana tempoh berada di rumah lebih lama berbanding sebelum ini.
âTidak patut pengguna terus diseksa dengan pelbagai kenaikan harga barangan asas yang ternyata tidak munasabah,â katanya.
Tinjauan FMT di beberapa lokasi sekitar Selangor juga mendapati harga minyak masak 5kg ketika ini dijual pada harga RM28.90 hingga 34.50. Harga itu meningkat lebih RM5 setiap botol berbanding RM23.90 hingga RM27.90 pada Ramadan lalu.
Seorang pengurus stor sebuah pasar raya, yang dikenali sebagai Nor Fazilah memberitahu FMT bahawa kenaikan itu berlaku sejak minggu lalu.
âYa, memang ada peningkatan sejak minggu lalu. Pembekal maklumkan ia berpunca daripada kenaikan kos syarikat pengeluar menyebabkan pemborong turut menaikkan harga,â katanya.
Selain minyak masak sawit, katanya, minyak masak pelbagai jenis juga mengalami sedikit peningkatan, antaranya minyak jagung dan bunga matahari.
Read more: Harga minyak masak naik lagi, KPDNHEP dirayu jangan âtutup mataâ.
Cut down on grocery runs to stay safe
- Details
Sunday, 06 Jun 2021
Malaysians should try to limit trips to buy groceries to reduce the risk of being exposed to Covid-19. Donât be too fussy about food choices either during such hard times, experts advise.
BUY groceries to last for two weeks, store food in optimum ways and donât be too fussy about available choices. Such are the words of advice to consumers, so that they can cut down on trips to supermarkets, wet markets and stores to limit exposure to Covid-19 and its variants.
It has become crucial to stay home as much as possible, with the rise of sporadic cases and new infections looming in thousands each day in Malaysia. Shopping online is one of the safer ways to get fresh produce and avoid crowds, but due to high traffic, there are times when orders are delayed or items are unavailable.
If this is not an option, experts urge people to limit their grocery runs to once in two weeks, instead of weekly.
Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca) deputy secretary general Nur Asyikin Aminuddin says itâs possible to buy fresh food that can last up to two weeks. âBut we need to keep them under optimum condition.
âThe freshness of the food will deteriorate with time. But consumers should not be too fussy at such critical times. âMore importantly, we still have food on our table, â she says. With the emergence of new Covid-19 variants, Nur Asyikin calls on consumers to stop crowding in enclosed areas to stock up on groceries.
âRetailers should also improve their online services for the benefit of customers, â she adds. Recently, people were seen flocking to supermarkets immediately after the government announced a total lockdown from June 1 to 14.
This is despite the authorities assuring that there is sufficient food supply during the movement control order (MCO) and no shortages in previous lockdowns. On such panic buying, Nur Asyikin urges consumers to change this bad habit, as it can lead to overbuying and food wastage. Concurring that Malaysians shouldnât be choosy, Nutrition Society of Malaysia president Dr Tee E. Siong says consumers should be prepared to use alternatives.
Senior citizens severely hit by increase in insurance premiums, says Fomca
- Details
June 6, 2021 1:54 PM
PETALING JAYA: A consumer group said senior citizens have been severely affected by the sharp increase in their medical premiums, based on a recent survey it carried out.
And now the Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca) wants Bank Negara Malaysia to step in to protect the community.
Its secretary-general, Paul Selvaraj, said senior citizens relied on their savings to meet their daily expenses.
And very often, he said, their primary savings are from their Employees Provident Fund (EPF).
Yet, data shows that over 50% of EPF contributors aged above 54 have savings of below RM50,000, while 67% of contributors do not have a minimum of RM240,000.
To compound matters, Selvaraj said the cost of living, especially the cost of food and other essential items, had been increasing substantially.
âThe sharp and unjustified increases by the insurance companies put pressure on senior citizens to lapse in paying their premiums and thus they lose their coverage,â he said in a statement.
According to the survey, 42% of the respondents saw a 20% to 230% increase on the premiums they had been paying.
And with no regulator to protect the consumersâ well-being, Selvaraj claimed that these insurance companies were free to âincrease their premiums whenever they liked and by how much they likedâ.
These could inveitably lead the elderly to forgo their coverage, he added.
âThis is a cruel approach towards senior citizens. But without protection by the regulators, it appears that consumers, especially the senior citizens, are at the mercy of the insurance companies if they want to maintain their coverage.â
Selveraj requested that the central bank regulate the industry to ensure greater justice and fairness for the people, especially the vulnerable groups.
Source:
Lack of enforcement causing more environmental damage, says group
- Details
June 5, 2021 10:00 AM
PETALING JAYA: A green group says there has been an increase in land degradation, land grab and illegal logging and mining during the movement control order (MCO) period.
Speaking to FMT in conjunction with World Environment Day today, the Global Environment Centre (GEC) noted that state revenue had taken a hit from economic restrictions, with their budgets also dented due to stimulus packages, increased health expenditure and other measures to battle the pandemic.
âWhere can they find additional money and fill their budget deficits? From leasing land,â said GEC director Faizal Parish.
âWe understand their budgets are currently focused on health and economic stimulus measures, but some agencies have seen their allocations cut by 50% or 60%, and some donât have the budget to carry out enforcement.
âCertainly, the MCO limited essential services, and the environment department and local councils were not out there doing their usual checks.
âWe started the year with a bit of optimism, but the reality is that more bad things have been happening due to a lack of patrolling.â
Faizal said that since logging and plantations were labelled as essential industries, companies in those sectors âwent at itâ without supervision.
âEveryone is using the cover of Covid-19 lockdowns to destroy the environment,â he said.
However, a spokesman for the forestry department said that while budgets may have had to be trimmed due to the pandemic, enforcement activities had been going on as usual since the start of the first MCO in March 2020.
âThey havenât stopped,â the spokesman added.
âThey are still out there checking on illegal logging, patrolling forests and making sure factories in the timber industry donât take advantage of any situations that may have arisen due to the pandemic.â
Read more: Lack of enforcement causing more environmental damage, says group
Page 54 of 103