Moratorium perlu dilanjutkan, rakyat masih terbeban
- Details
17 Jun 2020
KOTA BHARU - Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan bersetuju dengan cadangan daripada pelbagai pihak untuk memanjangkan lagi tempoh moratorium bank memandangkan keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.
Ketuanya, Zaleha Che Kob berkata, pihaknya sentiasa menerima aduan masalah dihadapi rakyat terutamanya bebanan yang ditanggung akibat pandemik koronavirus (Covid-19).
“Rata-rata rakyat yang saya temui bercakap benda yang sama. Mereka bergantung sepenuhnya kepada sumber pendapatan yang tidak seberapa.
“Contohnya peniaga pasar malam. Sememangnya bukan perkara yang mudah untuk mereka hadapi situasi sekarang ini. Sebab itu kerajaan perlu lakukan sesuatu untuk bantu mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan beberapa pihak menyuarakan cadangan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh moratorium bank memandangkan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.
Antaranya Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan yang melihat tempoh enam bulan tersebut belum mencukupi untuk menstabilkan aliran tunai yang terjejas.
Read more: Moratorium perlu dilanjutkan, rakyat masih terbeban
Boleh lapor alat imbas suhu 'cap ayam'
- Details
PENGGUNA boleh melaporkan kepada kerajaan sekiranya curiga dengan alat pengimbas yang digunakan peniaga atau pihak lain untuk menyukat suhu mereka.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aduan itu boleh dikemukakan kepada pasukan khas untuk siasatan lanjut Kementerian Kesihatan.
Bagaimanapun, katanya, menjadi tanggungjawab pemilik premis perniagaan untuk menggunakan alat pengimbas suhu diluluskan 'Medical Device Authority' Kementerian Kesihatan Malaysia (㽶Ƶ).
"Pemilik atau pengusaha premis tidak boleh beli sebarangan, elok beli di farmasi bukan di pasar malam dan sebagainya. Itu yang menyebabkan berlaku perkara seperti ini (bacaan tidak tepat).
"Kalau dah beli, mereka perlu perhatikan dari segi ketepatan suhu. Kalau mereka nampak ada masalah perlu menghantar untuk dikaliberasi," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, polis mahupun penguat kuasa kesihatan tidak memantau atau memeriksa alat pengimbas suhu digunakan peniaga kerana bukan di bawah kepakaran mereka.
"Cuma yang penting adalah pengusaha yang mesti mengambil inisiatif untuk melihat ketepatan alat itu," katanya.
Aplikasi BNM konon
- Details
Isnin, 15 Jun 2020 @ 11:50 AM
TAKTIK penjenayah meminta mangsa memuat turun aplikasi kononnya daripada Bank Negara Malaysia (BNM) memerangkap jurureka grafik apabila wang simpanan berjumlah RM19,998 lesap selepas dia menyerahkan maklumat akaun bank.
Dalam kejadian Sabtu lalu, wanita berusia 27 tahun itu menerima panggilan telefon daripada lelaki kononnya pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyatakan mangsa mempunyai tunggakan cukai dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan perlu menjelaskannya secepat mungkin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa terkejut dengan panggilan itu memandangkan dia tidak memiliki sebarang syarikat seperti yang dimaklumkan.
"Panggilan mangsa kemudian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah untuk buat laporan atas talian.
"Selepas disoal siat mangsa menerima pautan aplikasi BNM melalui WhatsApp dan diminta untuk muat turun aplikasi berkenaan.
"Mangsa tidak mengesyaki apa-apa memandangkan dia percaya bahawa aplikasi BNM itu adalah benar lalu mengisikan segala maklumat peribadi dan perbankan miliknya," katanya dalam kenyataan di Georgetown, hari ini.
Pencemaran Sungai Sembrong: MPOB arah kilang henti operasi
- Details
Isnin, 15 Jun 2020 @ 12:55 PM
LEMBAGA Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengarahkan kilang sawit di Kluang, Johor untuk menghentikan operasi secara serta-merta selepas dipercayai menyebabkan pencemaran sungai, sehingga tarikh penggantungan lesennya ditarik balik oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor.
Pencemaran itu membabitkan Sungai Sembrong di Kluang.
Ketua Pengarah MPOB Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir dalam satu kenyataan berkata, kilang itu boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan 15, Peraturan-Peraturan MPOB (Pelesenan) 2005 sekiranya ia terbukti gagal mematuhi arahan tersebut.
Pihak JAS Johor bertindak menggantung lesen operasi kilang sawit tersebut mulai 3 Jun hingga 2 Julai, 2020 atau sehingga jabatan berkenaan berpuas hati dengan tindakan rawatan sisa itu.
Menurut kenyataan itu, siasatan dijalankan susulan aduan yang diterima pada 2 Jun lepas yang dibuat oleh JAS bersama Jabatan Perikanan Cawangan Kluang serta wakil penduduk kampung dari Perkampungan Orang Asli Sedohok berikutan kejadian ikan mati.
Read more: Pencemaran Sungai Sembrong: MPOB arah kilang henti operasi
Optimis My30 lonjak semula jumlah pengguna [METROTV]
- Details
Isnin, 15 Jun 2020 @ 12:57 PM
PAS perjalanan tanpa had My30 yang diperkenalkan bermula hari ini untuk pengguna pengangkutan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Lembah Klang dijangka dapat melonjakkan kembali jumlah pengguna perkhidmatan itu.
Ketua Pegawai Operasi Prasarana Muhammad Nizam Alias berkata sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan bermula 10 Jun lalu, jumlah pengguna meningkat kepada 33 peratus berbanding semasa PKP Bersyarat yang meningkat sekitar 20 peratus.
"Untuk kembali ke angka asal mungkin mengambil masa sedikit tetapi kita optimis dengan pengenalan My30 pada hari ini akan menggalakkan lebih ramai pengguna termasuk yang mula kembali bekerja dan juga pengguna baharu yang tidak pernah menggunakan perkhidmatan awam ini," katanya pada sidang media di KL Sentral, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Inisiatif My30 diperkenalkan dengan bayaran RM30 untuk tempoh sebulan merupakan pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan rel Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), KL Monorail dan perkhidmatan bas Rapid di Lembah Klang serta terbuka kepada semua warganegara berkuat kuasa hari ini hingga akhir tahun ini.
Pada masa ini pas My30 hanya sah untuk perjalanan tanpa had di rangkaian RapidKL rel dan dan bas di Lembah Klang dan tidak terpakai bagi rangkaian Rapid Penang dan Rapid Kuantan, katanya.
Read more: Optimis My30 lonjak semula jumlah pengguna [METROTV]
Page 103 of 103