Cari mekanisme lebih mudah
- Details
SHAH ALAM - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh menyatakan bentuk pengenalan diri (ID) bagi membolehkan pembelian minyak masak peket bersubsidi masih di peringkat kajian.
Menerusi komen balas terhadap cadangan di aplikasi X (Twitter) miliknya, beliau tidak menolak kemungkinan ia disambungkan dengan MyKad.
“Kita akan pastikan yang terbaik untuk rakyat. Kita akan gunakan mekanisme paling mudah untuk rakyat,” katanya.
Menjawab pandangan agar mekanisme tersebut lebih menjurus kepada kaedah digital berbanding mewujudkan kad fizikal, beliau menyatakan sistem biometrik juga merupakan perkara yang sedang diterokai oleh pihaknya.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kaedah yang bakal digunakan pada tahun depan itu akan memastikan hanya mereka yang memenuhi kriteria akan menikmati minyak masak peket yang disubsidikan kerajaan.
“Libat urus masih berterusan berkaitan mekanisme pelaksanaan. Sekarang ini kita sudah kenal pasti kategori penerima dan yang belum muktamad apakah mekanismenya,” kata beliau.
Jurang digital perlu ditangani segera
- Details
SELEPAS pandemik Covid-19 menyerang seluruh dunia, kita dapat menyaksikan anjakan paradigma yang begitu ketara pada tingkah laku pengguna di mana kira-kira 47 peratus rakyat Malaysia telah mula beralih kepada platform dalam talian (online) untuk membeli barangan.
Perkara ini telah memberikan gambaran kepada pihak kerajaan dan industri bahawa pengguna kita akan turut mahir dengan teknologi digital.
Malah gambaran ini turut disokong dengan kenyataan daripada Kementerian Kewangan (MOF) menerusi inisiatif MyDIGITAL, akan memastikan pembayaran bagi semua perkhidmatan kerajaan akan dibuat secara tanpa tunai (cashless) menjelang 2022.
Penggunaan teknologi digital sebenarnya banyak memudahkan urusan pihak pentadbir kerajaan, sektor swasta, penyedia pelbagai perkhidmatan dan juga urusan seharian pengguna tetapi ia juga akan mewujudkan jurang digital yang akan menyebabkan kumpulan tertentu akan ketinggalan dengan perubahan arus teknologi digital ini.
Jurang digital berlaku apabila kekurangan infrastruktur, capaian internet yang lemah dan pengguna yang kurang celik dengan dunia pendigitalan.
PNB komited tingkat literasi kewangan rakyat
- Details
SEBERANG PERAI – Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) 2023 mencerminkan usaha berterusan Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan rakyat negara ini.
Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, program yang dianjurkan sejak tahun 2000 itu memenuhi kesemua empat teras komitmen meliputi pendidikan, industri kewangan, pembangunan komuniti dan ilmu pengetahuan.
Katanya, karnival literasi kewangan terbesar itu berjaya dimanfaatkan 3.9 juta rakyat tanpa mengira peringkat usia dengan purata kira-kira 150,000 pengunjung bagi setiap tahun penganjurannya.
“Selain itu, kita turut menitikberatkan soal pendidikan rakyat Malaysia dan tahun lalu sahaja, PNB telah membelanjakan RM34 juta dalam bentuk program penajaan atau biasiswa pendidikan melibatkan 1,229 pelajar di seluruh negara.
“Usaha PNB bukan sahaja untuk menyokong keperluan masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan, tetapi juga pembangunan komuniti yang dilangsungkan menerusi pelbagai program rasmi seperti Sembang-Sembang ASB, Kelab Pelaburan Bijak dan Fiesta Labur.
Pembangunan standard baharu halal Malaysia jadi penanda aras ke persada antarabangsa
- Details
KUALA LUMPUR: Pembangunan standard baharu halal Malaysia menjadi penanda aras bahawa industri halal semakin mantap di samping berkembang bukan sahaja di peringkat dalam negara malah ke persada antarabangsa.
Perkara itu dinyatakan oleh Pensyarah Pengurusan Industri Halal, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Muhamad Afiq Abd Razak sempena penganjuran Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2023), baru-baru ini.
Beliau berkata, menerusi acara itu Jabatan Standard Malaysia (JSM) mengadakan program 'Seminar on Halal Profession' bagi membentangkan satu standard baharu di bawah siri standard halal Malaysia.
Seminar itu dibentangkan panelis terdiri daripada pelbagai agensi termasuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Halal Development Corporation Berhad (HDC), JSM, dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), katanya.
"Kupasan telah dibuat berkenaan dengan standard MS2691:2021 Halal Profession - General Requirements. Umumnya, standard ini memperincikan tentang tahap profesionalisme di dalam pembangunan kerjaya industri halal.
"Ini merupakan satu anjakan baharu dalam memperkasakan kepakaran khususnya kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang pengurusan industri halal.
Read more: Pembangunan standard baharu halal Malaysia jadi penanda aras ke persada antarabangsa
Ada ID baru boleh beli minyak masak peket
- Details
SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan kaedah pembelian minyak masak peket kepada kumpulan sasar seperti yang dirancang dilaksanakan pada tahun depan akan menggunakan mekanisme pengenalan diri (ID) dan disahkan layak.
Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, kaedah pembelian menggunakan kad pengenalan dan aplikasi MySejahtera tidak digunakan kerana kegunaan keluarga tidak sama dengan keperluan peniaga mikro.
“Ramai yang bertanya mengapa tidak gunakan IC atau MySejahtera? ini kerana keperluan dua kumpulan tersebut tidak sama.
"Jika kita hadkan pembelian kepada 3 atau 5 kilogram, peniaga akan bermasalah. Selain itu golongan T20 tidak layak terima subsidi minyak peket. Maka perlu kepada ID yang berbeza,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Julai lalu, Fuziah menyatakan akan melaksanakan kaedah pembelian minyak masak paket kepada kumpulan sasar mulai tahun depan dan seramai 5.8 juta isi rumah daripada golongan M40 dan B40 sudah dikenal pasti dan layak berada dalam kumpulan itu.
Bayar tol di 11 lebuh raya guna kad debit, kredit hari ini
- Details
PUTRAJAYA – Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) melibatkan 11 syarikat konsesi lebuh raya mula dibuka secara rasmi hari ini.
Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam kenyataan berkata, pelaksanaan itu melibatkan pengguna kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian) boleh membuat bayaran tol secara SPT di 11 lebuh raya terpilih.
Katanya, lorong SPT telah dibuka kepada pengguna semasa ujian rintis awam secara berperingkat di lebuh raya terpilih mulai 3 Ogos lalu bagi menguji fungsi dan keberkesanan sistem.
“Lebuh raya terlibat adalah Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).
“Selain itu, ia turut melibatkan Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuh Raya Kuala Lumpur Putrajaya (MEX), Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuh Raya Kulim Butterworth (BKE),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Read more: Bayar tol di 11 lebuh raya guna kad debit, kredit hari ini
DuitNow QR payment transaction fee will not burden low-income group
- Details
KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said on Friday (Sept 29) that the imposition of a transaction fee for payments made via DuitNow QR and transactions conducted with credit cards will not burden the low-income group in the country.
Anwar, who is also Finance Minister, said he had met Bank Negara Malaysia (BNM) Governor Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour yesterday to get clarification on the matter.
"I discussed with the BNM Governor yesterday. According to him, it (transaction fee) will not be imposed on the lower group.
"What is important is that it will not burden the low-income group,” he told reporters after visiting the ‘Postnormal Times’ exhibition at the KL Jazz and Arts Centre here.
Yesterday, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) confirmed that a transaction fee will be imposed on vendors for payments received through the DuitNow QR platform and transactions conducted with credit cards effective Nov 1, 2023.
However, the 50 sen fee will be charged for transactions exceeding RM5,000 involving peer-to-peer fund transfers from one personal QR to another personal QR, not payments to merchants.
Asked about MCA president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong’s suggestion that the transaction fee be abolished, Anwar said this matter should be handled by BNM.
Pengeluaran beras negara perlu seiring pertambahan populasi
- Details
Ketika ini isu kekurangan beras tempatan hangat diperkatakan masyarakat. Merujuk kembali kepada kenyataan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, memang disebutkan pengeluaran dan stok bekalan bagi sebahagian bijirin, terutama beras dan gandum dunia bagi 2020 hingga 2022 mengalami pengurangan.
Tambahan pula, pengeluaran beras dunia bagi tahun kebelakangan ini menurun kepada 343 juta tan pada 2022, manakala kadar penggunaan dalam tempoh sama meningkat kepada 353 juta tan.
Namun, menurut kementerian juga, kekurangan bekalan beras dunia belum berada pada tahap kritikal dan dijangka bersifat sementara jika langkah pengawalan dibuat dengan segera.
Akan tetapi, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Dunia (FAO), mereka membayangkan kekurangan stok bijirin akan menjadi krisis pada masa depan. Ini berikutan data pada 2020 menunjukkan stok simpanan bijirin dunia yang sebelum ini mampu menampung keperluan 104 hari dijangka menurun kepada 53 hari sahaja menjelang akhir 2023. Kedudukan ini jauh lebih rendah daripada kedudukan dicatat ketika krisis makanan 1974.
Terdapat beberapa sebab diberikan kenapa hal ini berlaku. Antara faktor utama adalah fenomena 'El Nino' iaitu musim panas luar biasa serta hujan berlanjutan hingga berlaku banjir teruk, sekali gus menjejaskan penghasilan bijirin utama. Hal ini berlaku khususnya di negara pengeluar di rantau Asia Tengah, Eropah dan Amerika.
Read more: Pengeluaran beras negara perlu seiring pertambahan populasi
Transparent, open food reserve index report can address food security concerns, says Fomca
- Details
Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca) treasurer-general Nur Asyikin Aminuddin said the report would give stakeholders, especially those in the food supply chain, a better insight into the state of our food reserves.
“It can be a quarterly report and it can be used by stakeholders, especially those in the agriculture and manufacturing sectors, to plan and make informed decisions. By knowing what our reserves are, we can plan better, and prevent food disruptions across the supply chain,” said Nur Asyikin.
“We are now facing a rice shortage. Just a few months ago, there was a shortage of cooking oil and eggs. This alone paints a picture of the current state of our food security,” she said.
She added that transparency in the proposed food reserve index report was key, now that food security is at the forefront of national news.
Having adequate food stocks can help absorb supply disruptions from losses in production or trade. It can also help stabilise prices.
Cadangan larangan jualan beras putih tempatan kepada warga asing tidak relevan – FOMCA
- Details
KUALA LUMPUR: Cadangan untuk melarang jualan beras putih tempatan kepada warga asing adalah satu mekanisme yang tidak relevan dan ia bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi kekurangan bekalan bahan mentah itu di pasaran.
Pendapat itu disuarakan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin yang berkata, ia mengambil kira hak semua individu termasuk warga asing mendapatkan bahan makanan itu selari dengan keperluan asas seorang manusia.
“Memang tak boleh larang sebab ini mengenai berkaitan makanan. Ia turut mengambil kira barangan subsidi sekarang terjual di pasaran terbuka,” katanya lagi.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, bahawa kerajaan tidak bercadang melarang penjualan beras putih tempatan kepada warga asing yang berada di negara ini.
Read more: Cadangan larangan jualan beras putih tempatan kepada warga asing tidak relevan – FOMCA
Page 18 of 103