KEMPEN /v1/index.php/kempen Sat, 26 Apr 2025 20:38:10 +0000 Joomla! - Open Source Content Management en-gb Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia 2018 /v1/index.php/kempen/264-hari-hak-hak-pengguna-sedunia-2018 /v1/index.php/kempen/264-hari-hak-hak-pengguna-sedunia-2018 Melindungi Hak Pengguna dalam E-Dagang
15 Mac ialah Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia (WCRD). Ia merupakan acara tahunan pergerakan pengguna di peringkat antarabangsa. WCRD menyatukan pergerakan pengguna sejagat melalui kempen yang sama.


Tema bagi sambutan WCRD bagi tahun 2018 ialah `Membina Dunia Digital yang Adil dan Selamat’ (Making digital marketplaces fairer). Di Malaysia pula, FOMCA telah memilih tema `Perlindungan Pengguna dalam E-Dagang’


Walaupun e-dagang membawa banyak faedah, pengguna juga terdedah kepada risiko membeli-belah dalam talian. E-dagang / membeli-belah dalam talian merupakan bilangan terbesar aduan yang diterima oleh NCCC dari tahun 2014-2016, dengan nilai kerugian berjuta juta ringgit.

Klik disini untuk muat turun brosur tips Online Shopping

 

]]>
AKTIVITI Wed, 14 Mar 2018 17:45:56 +0000
Pengurusan Kewangan - Ke Arah Masyarakat Celik Kewangan /v1/index.php/kempen/pengurusan-kewangan /v1/index.php/kempen/pengurusan-kewangan FOMCA dengan kerjasama Bank Negara Malaysia telah menganjurkan program latihan pengurusan kewangan dengan bertujuan untuk mendidik pengguna berkenaan perancangan kewangan dan pengurusan kewangan, terutamanya kepada golongan pekerja muda. Program ini dijalankan disebabkan oleh kajian yang menunjukkan banyak pengguna terutamanya pekerja muda, menghadapi masalah kewangan, ada yang telah diisytiharkan bankrap kerana amalan pengurusan kewangan yang lemah, terutamanya ketika menguruskan hutang mereka.

Topik yang dibincang dalam latihan tersebut ialah seperti:

  • Kepentingan pengurusan kewangan
  • Membuat bajet
  • Pengurusan aliran wang tunai
  • Penggunaan berhemat
  • Pengurusan hutang
  • Kepentingan menyimpan
  • Kad kredit
  • Penipuan

Latihan sepanjang 2 jam tersebut menggunakan unsur-unsur latihan praktikal, permainan interaktif, video yang menarik dan contoh-contoh yang sebenar untuk memudahkan peserta dalam memahami topik-topik yang dibincangkan.

]]>
AKTIVITI Mon, 20 Feb 2017 00:08:40 +0000
PENGGUNA BERHEMAT /v1/index.php/kempen/pengguna-berhemat /v1/index.php/kempen/pengguna-berhemat FOMCA mengadakan program kesedaran menangani kos sara hidup dan pengguna berhemat di komuniti di seluruh Malaysia.

Objektif Program :
1. Mempersiapkan diri masyarakat pengguna dengan situasi ekonomi semasa dan akan datang.
2. Meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai hak sebagai seorang pengguna dan penggunaan berhemah.
3. Menukar “mind set” masyarakat pengguna ke arah penggunaan mampan dan bijak semasa berada di pasaran.

Tema Program:
“Perubahan Bermula Dengan Saya“

Sasaran:
1. Golongan wanita
2. Golongan belia
3. Jabatan – jabatan kerajaan /swasta
4. Persatuan dan Jawatankuasa penduduk

Modul:
1. Hak dan Peranan Pengguna
2. Pengurusan kewangan
3. Penggunaan Berhemat
4. Pengguna, Pasaran dan Harga

]]>
AKTIVITI Thu, 16 Feb 2017 19:43:07 +0000
MEMBINA KOMUNITI CEKAP TENAGA & PELEPASAN KARBON YANG RENDAH /v1/index.php/kempen/kempen-fit-in-tariff-fit /v1/index.php/kempen/kempen-fit-in-tariff-fit FOMCA dan WECAM dengan sokongan SEDA Malaysia mengadakan Program Kesedaran Membina Komuniti Cekap Tenaga dan Pelepasan Karbon yang rendah di seluruh Malaysia.

Obektif  program ini adalah:

1. Memberi pemahaman tentang kesan penggunaan tenaga yang tidak mampan dan perubahan iklim.

2. Kesedaran bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik melalui aktiviti penjimatan dan kecekapan tenaga di kalangan komuniti dan premis perniagaan.

3. Penerangan mengenai mekanisma Fit-in-Tariff

 

 

]]>
AKTIVITI Thu, 16 Feb 2017 19:20:00 +0000
Hari Pengguna Malaysia (HPM) /v1/index.php/kempen/hari-pengguna-malaysia-2017-hpm2017 /v1/index.php/kempen/hari-pengguna-malaysia-2017-hpm2017 Program Hari Pengguna Malaysia (HPM) disambut pada 26 Julai setiap tahun. Tarikh ini dipilih mengambil sempena pewartaan Akta Perlindungan Pengguna (1999). Ia mula diadakan oleh FOMCA pada tahun 2002.

Objektif utama program HPM adalah utnuk memudahkan pembangunan pengguna yang bertanggungjawab, berhemat dan matang. Pengguna yang bertanggungjawab, berhemat dan matang ialah pengguna yang mempunyai pengetahuan yang betul, mempunyai sikap dan kemahiran yang dapat menguruskan penggunaan dan kewangan peribadi mereka secara yang berkesan demi kesejahteraan keperibadian dan kewangan mereka.

 

Bagi mencapai matlamat ini, FOMCA menggunakan dua pendekatan. Pertama, pendidik pengguna mengadakan ceramah di kelab pengguna sekolah, industry dan komuniti tentang isu berkaitan kepenggunaan seperti hak dan tanggungjawab pengguna, pendidikan kewangan, pengguna lestari dan membuat aduan yang berkesan. Pada tahun 2016, pendidik pengguna telah mengadakan sesi ceramah di 150 buah sekolah melibatkan 61,235 peserta. Pada tahun 2016, FOMCA juga mengadakan program di 223 buah komuniti yang menjangkau lebih daripada setengah juta orang.

Kedua, pengguna muda digalakkan untuk terlibat dalam pertandingan HPM. Pertandingan ini diadakan sempena Hari pengguna Malaysia. Antara pertandingan tersebut ialah mewarna, esei, poster, fotografi, blog, montaj video, buku skrap, kartun dan speak-up, mywater dan anjugrah penyertaan sekolah terbanyak. Pada tahun 2016, sebanyak 120,556 penyertaan telah diterima dalam pertandingan ini.

Melalui Pertandingan HPM, pengguna muda akan membuat penyelidikan tentang isu kepenggunaan untuk membolehkan mereka menyertai pertandingan tersebut. Secara tidak langsung, mereka akan mendapat pengetahuan yang betul, kemahiran dan sikap menjadi pengguna yang bijak apabila meningkat dewasa. Ini memberikan mereka kefahaman tentang isu kepenggunaan.

Jumlah pengguna muda yangpenyertaan Pertandingan HPM meningkat daripada 6,909 pada tahun 2002 kepada 129,509 pada tahun 2014, iaitu peningkatan sebanyak 1774.5% sepanjang 7 tahun. Nilai keseluruhan hadiah pertandingan ialah RM300,000. Pertandingan ini telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records pada tahun 2010, 2012 dan 2014 bagi penyertaan terbanyak Pertandingan Kepenggunaan.

Justeru, Pertandingan HPM menerima sokongan yang baik daripada pengguna muda, berdasarkan peningkatan dari segi penyertaan pertandingan. Semenjak dimulakan pada tahun 2002, jumlah besar pengguna muda yang diberikan pendedahan tentang pelbagai aspek isu kepenggunaan berkaitan perlindungan dan kebajikan pengguna.

 

Kajian Profil Pengguna Kebangsaan 2009, yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mendapati 92% responden mengetahui dan menyedari kewujudan FOMCA seabgai persatuan pengguna di negara ini. Angka ini dua kali ganda berdasarkan kajian yang sama dilakukan pada tahun 2001 (46%). FOMCA percaya salah satu factor yang mempengaruhi kejayaan Pertandingan Kepenggunaan ini ialah peningkatan penampilan FOMCA pada pandangan masyarakat, khususnya pelajar sekolah semenjak tahun 2002.

 

Input daripada pertandingan

Pada setiap tahun, input daripada penyertaan pertandingan, terutamanya, pertandingan mengarang esei, akan dianalisis dan diringkaskan. Input ini penting kerana ia mewakili suara pengguna Malaysia. Pengumpulan pandangan dan komen ini digunakan oleh FOMCA dalam membuat desakan pelobian yang berkesan terhadap agensi kerajaan bagi mengadakan kerangka perlindungan pengguna yang baik di negara ini.

OBJEKTIF

Objektif utama projek ini adalah:

  • Mendidik pengguna tentang hak dan tanggungjawab mereka;
  • Meningkatkan pendayaupayaan pengguna tentang isu semasa dan baru; dan
  • Menyediakan saluran kepada pengguna untuk menyuarakan keprihatinan dan cadangan mereka terhadap isu pengguna yang baru.

 

KUMPULAN SASARAN

  1. Pra sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
  2. Institusi Pengajian Tinggi
  3. Guru / Pensyarah
  4. Masyarakat Awam / Komuniti

TEMPOH PROJEK

  • Januari – Oktober

 

JANGKAAN OUTPUT

  • Pengguna lebih mengetahui hak dan tanggungjawab mereka;
  • Pengguna mempunyai keyakinan dan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, dan mampu untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam; dan
  • Pengguna mendapat lebih pengetahuan tentang peri pentingnya Penggunaan Lestaria bagi menyokong kesejahteraan hidup masyarakat dan alam sekitar.

 

STRATEGI PELAKSANAAN

Projek ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pendidikan Malaysia.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan projek terdiri daripada tiga bahagian utama:

  1. Pertandingan Kepenggunaan
  2. Ceramah Kepenggunaan di sekolah, institusi pengajian tinggi dan komuniti
  3. Pertandingan Mewarna di pasar raya besar dan komuniti

 

12 jenis pertandingan kepenggunaan, yang terdiri daripada 42 kategori akan dijalankan.

No.

Pertandingan

Kategori / Kumpulan Sasaran

1

Mengarang Esei

Sekolah Rendah

Sekolah Menengah Rendah

Sekolah Menengah Atas

Institusi Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru, Pra Universiti (A-Level, Tingkatan 6 & Matrikulasi)

Umum

2.

Melukis Poster

Sekolah Rendah

Sekolah Menengah Rendah

Sekolah Menengah Atas

Umum

Mereka Bentuk Poster Grafik

Umum

3.

Melukis Kartun

Sekolah Menengah

Umum

4.

Fotografi

Amatur

Profesional

5.

Blog

Sekolah Menengah (sehingga Tingkatan 5)

Institusi Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru, Pra Universiti (A-Level, Tingkatan 6 & Matrikulasi)

6.

Buku Skrap

Sekolah Rendah Atas (Tahun 4 – 6)

7.

Video Montaj

Sekolah Menengah (Sehingga Tingkatan 5)

Institusi Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru, Pra Universiti (A-Level, Tingkatan 6 & Matrikulasi)

8.

“Speak Up”

Merancang Projek Pembangunan Lestari

Sekolah Menengah (Sehingga Tingkatan 5)

Institusi Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru, Pra Universiti (A-Level, Tingkatan 6 & Matrikulasi)

9.

Cabaran Kewangan

Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

10.

Mewarna

Pra Sekolah dan Sekolah Rendah (Umur 4 – 12)

11.

Anugerah Penyertaan Sekolah Terbanyak

Sekolah Rendah (3 Anugerah)

Sekolah Menengah (1 Anugerah)

12.

Anugerah Guru HPM

Sekolah Rendah (3 Anugerah)

Sekolah Menengah (1 Anugerah)

]]>
AKTIVITI Wed, 15 Feb 2017 19:32:03 +0000
SWITCH! /v1/index.php/kempen/switch-kecekapan-tenaga /v1/index.php/kempen/switch-kecekapan-tenaga Tenaga merupakan salah satu asas bagi pembangunan sesebuah negara. Isu utama adalah kebolehan sesebuah kerajaan untuk menampung keperluan rakyat dan kos tenaga yang semakin meningkat pada masa yang sama. Pengguna-pengguna domestik, komersil dan industri perlu sedar akan kepentingan kecekapan dalam penggunaan tenaga untuk memainkan peranan dan tanggungjawab bersama-sama dengan kerajaan.

 

Menyedari kepentingan ini, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) atau dahulunya dikenali sebagai Bahagian Alam Sekitar FOMCA telah merangka Pelan Kecekapan Tenaga Kebangsaan untuk jangkamasa 10 tahun. Kempen ini merupakan langkah pertama dalam pelaksanaan pelan ini. Kempen ini juga telah mendapat sokongan daripada pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (dahulunya Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi), Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pusat Tenaga Malaysia (PTM).

]]>
AKTIVITI Tue, 14 Feb 2017 18:55:49 +0000
Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) /v1/index.php/kempen/kempen-konsumer-kebangsaan-3k /v1/index.php/kempen/kempen-konsumer-kebangsaan-3k  

Pengguna perlu melihat semula gaya hidup mereka dan bersedia untuk melakukan perubahan yang besar kepada gaya hidup mereka mengikui kesesuaian keadaan yang berlaku pada masa ini.

 

Banyak cabaran berbentuk  struktur yang berlaku di peringkat dunia yang memberikan kesan negatif kepada pengguna di Malaysia. Sebelum ini, isu global adalah berbentuk putaran, namun kini isu pengguna lebih berbentuk struktural, yang akan sentiasa wujud. Oleh itu, pengguna perlu melakukan perubahan gaya hidup bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan cabaran-cabaran baru ini. Berikut adalah beberapa cabaran baru dunia, iaitu:

 

  1. Peningkatan harga minyak dan gas – peningkatan ini memberi kesan kepada semua sektor ekonomi, termasuk pengeluaran makanan dan pengangkutan.
  2. Peningkatan pengambilan bijirin – khususnya berlaku di negara China dan India. Pengambilan bijrin yang meningkat ini berikutan daripada bertambah ramai golongan yang berkemampuan;.
  3. Makanan kepada bahan api bio – di kalangan negara membangun dam kian meningkat juga di negara sedang membangun, banyak bahan makanan telah digunakan untuk menghasilkan bahan api bio. Oleh itu menyebabkan kurangnya pengeluaran makanan. Makanan untuk menghasilkan bahan api api lebih tinggi harganya berbanding makanan untuk kegunaan manusia.
  4. Perubahan iklim – banyak kawasan tanah yang sebelum ini mengeluarkan bahan makanan yang melimpah ruah, kini tidak lagi mengeluarkan hasil akibat daripada perubahan iklim.
  5. Masyarakat McDonaldisasi – semakin ramai golongan muda yang mengamalkan pola pemakanan cara barat dan nilai ini menyebabkan wujudnya ramai masyarakat yang bersifat materialistik, sehingga berlaku banyak pembaziran dan masalah psiko-sosial.]]> AKTIVITI Tue, 14 Feb 2017 18:52:42 +0000 Laporan Program /v1/index.php/kempen/16-laporan-program /v1/index.php/kempen/16-laporan-program PROGRAM PENGURUSAN KEWANGAN FOMCA-BNM 2016

    Program Pengurusan Kewangan ini telah dianjurkan oleh FOMCA, dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan diselaraskan oleh Pertubuhan Hal Ehwal dan Pengguna Negeri Sabah (CAPS). Program ini mengandungi dua objektif utama, iaitu untuk memberi kesedaran serta pendidikan kewangan kepada penduduk luar bandar, terutama di Negeri Sabah. Program ini bertujuan supaya golongan ini akan dapat menguruskan kewangan mereka agar lebih baik, dan juga untuk menggalakkan orang ramai untuk menyimpan duit di dalam bank, yang lebih selamat.

    Pada tahun ini, Bank Negara Malaysia telah memilih beberapa daerah di Negeri Sabah untuk dijadikan tempat berlangsungnya program, antaranya daerah Kota Belud, Ranau, Kundasang, Lahad Datu,Tawau, Nabawan, dan Keningau. Program ini telah disertai oleh beberapa agensi seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Agro Bank di setiap cawangan.

    Di dalam program ini, terdapat beberapa skop perbincangan yang telah dijalankan, antaranya “Bagaimana untuk merancang kewangan agar lebih baik?”, “Bagaimana menyediakan bajet harian, bulanan dan tahunan?”, “Bagaimana hendak menguruskan hutang dan perbelanjaan berhemat?” dan “Penipuan Kewangan atau Scamming”, Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), dan sedikit latihan berkaitan kewangan. Semua sesi ini berlangsung selama tiga jam.

    ]]> AKTIVITI Tue, 14 Feb 2017 18:47:27 +0000