㽶Ƶ

Federation of Malaysians Consumers AssociationsKUALA LUMPUR: Subsidi bukan bertujuan untuk memulihkan ekonomi sebaliknya untuk memastikan golongan rentan dapat menikmati kualiti hidup minimum.
 
“Apabila kita bercakap mengenai subsidi untuk membantu golongan masyarakat rentan, maka subsidi bukan bertujuan untuk memulihkan ekonomi, sebaliknya untuk memastikan masyarakat yang memerlukan mendapat kualiti hidup yang mininum.
 
“Saya rasa kebajikan masyarakat yang memerlukan bantuan secara menyeluruh adalah kurang. Bantuan yang kita berikan adalah kecil, berkala dan tidak tersusun. Ini menyebabkan ada keluarga yang tidak mendapat bantuan yang minimum seperti yang diperlukan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat terbitan Astro AWANI hari ini.
 
Paul mengakui tindakan kerajaan melaksanakan langkah penjimatan dengan menyediakan mekanisme subsidi bersasar adalah langkah yang baik, namun beliau membangkitkan mengenai ke manakah penjimatan itu akan disalurkan.
 
Beliau berpandangan penjimatan tersebut perlu disalurkan dalam bentuk subsidi, bantuan dan pemberian tunai kepada golongan paling tidak bernasib baik secara menyeluruh, iaitu ditumpukan kepada aspek perumahan, perubatan, penjagaan anak-anak dan pengangkutan.
 
“Sekarang kita sebut tentang bil elektrik, tetapi masalah mengenai kos sara hidup ialah menyeluruh. Mereka tidak mampu beli rumah.
 
Dari segi kesihatan, hospital kerajaan sudah bagus tetapi akibat tunggu terlalu lama, mereka terpaksa beralih ke hospital swasta dan tanggung kos tinggi dengan menggunakan duit poket sendiri.
 
Sama juga situasinya dengan penjagaan anak-anak yang mahal. Ini menyebabkan mereka menghadapi tekanan, memandangkan gaji tidak tinggi tetapi kos sara hidup terus meningkat,” tambahnya.

CEKAP07 CoverSM 01

MAJALAH CEKAP
Edisi 7 - JANUARI 2025


Mahukan tip pengurusan dan kecekapan tenaga?

Dapatkan CEKAP terbitan FOMCA serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk rujukan anda. 

Baca & Muat Turun kesemua edisi CEKAP melalui pautan di bawah:

May be an image of 3 people and text

MAJALAH RINGGIT
EDISI 6 - DISEMBER 2024


Mahukan tip dan maklumat kewangan?

Dapatkan RINGGIT terbitan FOMCA serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk rujukan anda. 

Baca & Muat Turun kesemua edisi RINGGIT melalui pautan di bawah:

PNG COVER PAGE MAJALAH GENERASI PENGGUNA 2024 min

MAJALAH GENERASI PENGGUNA
EDISI 2024


Mahukan tip dan maklumat pengurusan kewangan?

Dapatkan majalah GENERASI PENGGUNA terbitan FOMCA serta KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN) untuk rujukan anda.