FOMCA di pentas media 2012 - 2013 /v1/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2012-2013 Sat, 26 Apr 2025 22:05:58 +0000 Joomla! - Open Source Content Management en-gb Fomca wants probe on MAS-AirAsia swap deal /v1/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2012-2013/153-fomca-wants-probe-on-mas-airasia-swap-deal /v1/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2012-2013/153-fomca-wants-probe-on-mas-airasia-swap-deal

PETALING JAYA: The Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca) urged the Malaysian Competition Commission (MCC) today to investigate whether the recent MAS-AirAsia share swap could have affected the service quality and pricing of both airlines.

Speaking after lodging a complaint with the MCC, Fomca’s chief executive officer Paul Selvaraj said public concerns were triggered after both airlines cancelled flights to several areas in Sabah and Sarawak.

“We want the MCC to investigate whether the move has affected ticket prices and influenced the decision to cancel some flights to reduce competition,” Selvaraj said.
Also present were Fomca president N Marimuthu and its group director of communications Mohd Yusof Abdul Rahman.

In October last year, The Star reported that MAS and AirAsia received brickbats from Dewan Rakyat deputy speaker Wan Junaidi Tuanku Jaafar after the air carriers reduced their flights from the Peninsula to Sabah and Sarawak.

Junaidi said anymore reduction in flights by the two airlines to Sabah and Sarawak would tantamount to the latter neglecting their social responsibilities.

In August 2011, both airlines swapped shares which saw AirAsia’s major stakeholder, Tune Air Sdn Bhd, taking a 20.5% stake in MAS.

In return, MAS’ major stakeholder Khazanah Nasional Sdn Bhd was given a 10% stake in AirAsia.

]]>
FOMCA di pentas media 2012 - 2013 Wed, 15 Feb 2017 20:15:52 +0000
FOMCA : Bank Patut Bekalkan Kenyataan Bulanan Secara Percuma /v1/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2012-2013/152-fomca-bank-patut-bekalkan-kenyataan-bulanan-secara-percuma /v1/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2012-2013/152-fomca-bank-patut-bekalkan-kenyataan-bulanan-secara-percuma

PETALING JAYA 15 MAC : Sempena Hari Hak-hak Pengguna Sedunia, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) melancarkan kempen bagi menuntut bank supaya memberikan penyata bulanan secara percuma kepada pemegang akaun simpanan.

Kempen “Hak Mendapatkan Penyata Simpanan Saya” itu akan digerakan menerusi laman sosial ‘Facebook’ kata Presiden FOMCA, Datuk Marimuthu Nadason.

“Sekarang, kebanyakan bank tidak lagi mengeluarkan buku bank atau penyata aliran dan jika pengguna perlu membuat pembayaran serendah RM2 dan adakala sehingga RM5O bagi sehelai penyata.

“Selain itu, buku bank dan penyata ini juga penting sebagai bahan bukti aliran kewangan pengguna secara hitam putih bukan sekadar melalui internet dan sebagainya,” ujar Marimuthu dalam satu sidang media yang diadakan di Bangunan SKPPK di sini pagi tadi.

Selain itu, FOMCA turut mendesak kerajaan pusat untuk memberi perhatian terhadap beberapa isu berkaitan sektor perbankan yang mengelirukan pengguna.

“Pihak bank sering mengemukakan terma dan syarat yang tidak jelas atau kontrak berat sebelah, sikap tidak peduli aduan pengguna, caj tersembunyi serta perkhidmatan pelanggan yang tidak memuaskan.

“Kadangkala juga mereka sengaja menangguhkan urusan pengguna untuk selesaikan masalah, mereka mengatakan ya tapi dalam masa yang sama memberikan pelbagai kerumitan terhadap pengguna.”

]]>
FOMCA di pentas media 2012 - 2013 Wed, 15 Feb 2017 20:13:54 +0000
Fomca wants competition panel to probe MAS, AirAsia /v1/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2012-2013/151-fomca-wants-competition-panel-to-probe-mas-airasia /v1/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2012-2013/151-fomca-wants-competition-panel-to-probe-mas-airasia

Fomca officials (from left) Selva Raj, Datuk Marimuthu Nadason and Mohd Yusof Abdul Rahman with copies of their memorandum of complaint about MAS and AirAsia they submitted to the Malaysian Competition Commission office in Petaling Jaya on February 24, 2012. — Picture by Jack Ooi

PETALING JAYA, Feb 24 — The Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca) wants the Malaysian Competition Commission (MCC) to investigate how the MAS-AirAsia share swap has affected fares in both airlines.

This should include a comparative price analysis of air fares offered by the flag carrier and the low-budget airline before and after the share swap in August last year, the consumer watchdog group said today.

Fomca added that the MCC needs to also review the routes serviced by MAS and AirAsia to see if any sharing of routes has reduced competition in the airline sector.
Fomca noted that since the share swap, MAS has terminated low-cost offshoot Firefly’s flights to Sabah and Sarawak, affecting travel between the peninsula and east Malaysia.

AirAsia’s long-haul sister airline, AirAsia X, also cut routes to London, Paris, New Delhi and Mumbai following the swap, which critics have alleged was a move was to accommodate and establish a business strategy with MAS.

Fomca chief executive Datuk Paul Selva Raj noted an increase in the number of complaints lodged with the association against AirAsia from 903 in 2010 to 956 in 2011 which, he said, may have been due to decreased competition.

]]>
FOMCA di pentas media 2012 - 2013 Wed, 15 Feb 2017 20:13:30 +0000
FOMCA LANCAR KEMPEN "HAK MENDAPATKAN PENYATA SIMPANAN SAYA" MELALUI FACEBOOK /v1/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2012-2013/150-fomca-lancar-kempen-hak-mendapatkan-penyata-simpanan-saya-melalui-facebook /v1/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2012-2013/150-fomca-lancar-kempen-hak-mendapatkan-penyata-simpanan-saya-melalui-facebook

PETALING JAYA, 15 Mac 2012 - Sempena Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia yang jatuh pada hari ini, FOMCA telah melancarkan kempen "Wang Kita, Hak Kita- Hak Mendapatkan Penyata Simpanan Saya", yang bermula pada hari ini. Kempen ini bertujuan untuk mendapatkan sokongan pengguna terhadap hak pemegang akaun simpanan asas untuk mendapatkan buku akaun, atau sekurang-kurangnya penyata akaun bulanan, yang menunjukkan aliran wang dalam akaun simpanan.

Walaupun Bank Negara Malaysia telah menetapkan peraturan bahawa setiap pemegang akaun simpanan asas hendaklah diberikan buku akaun atau penyata akaun bulanan, namun masih terdapat bank tempatan yang tidak memberikan buku akaun kepada pemegang akaun simpanan yang baru, termasuk juga kepada pemegang akaun yang ingin memohon penggantian buku akaun yang baru.
FOMCA ingin menegaskan bahawa setiap pemegang akaun simpanan BERHAK untuk mendapatkan PENYATA AKAUN SIMPANAN BANK PADA SETIAP BULAN SECARA PERCUMA.
Kempen ini akan berlangsung selama 45 hari melalui penggunaan laman sosial Facebook. Pengguna hanya perlu menekan “suka” (like) bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap kempen ini. Mereka juga boleh melanggan maklumat kemas kini yang mengandungi kisah sebenar pengguna yang menghadapi masalah dalam perkhidmatan kewangan, fakta dan statistik kewangan yang menarik dan video berkaitan kewangan.

Selepas tamat tempoh kempen ini, jumlah pengguna yang menyokong kempen ini akan digunakan bagi merangka langkah untuk mendesak pengawal selia kewangan mengambil tindakan yang lebih berkesan terhadap bank-bank yang mengamalkan dasar yang tidak mesra pengguna ini.

]]>
FOMCA di pentas media 2012 - 2013 Wed, 15 Feb 2017 20:12:05 +0000
FOMCA LANCAR MANIFESTO TUNTUTAN PENGGUNA /v1/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2012-2013/149-fomca-lancar-manifesto-tuntutan-pengguna /v1/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2012-2013/149-fomca-lancar-manifesto-tuntutan-pengguna

PETALING JAYA, 29 Jun 2012 – Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) hari ini melancarkan Manifesto Tuntutan Pengguna, yang disasarkan kepada parti-parti politik dan calon-calon dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Manifesto ini merupakan julung-julung kalinya diterbitkan oleh FOMCA bagi membantu parti politik dan calon-calon pilihan raya untuk menyuarakan isu-isu yang berkaitan dengan kepenggunaan dalam manifesto pilihan raya masing-masing serta semasa kempen pilihan raya.

FOMCA berharap isu-isu yang disuarakan dalam Manifesto ini diberikan perhatian oleh semua parti politik yang bertanding kerana ia merupakan isu yang diberikan perhatian utama oleh pengguna, yang juga merupakan pengundi pilihan raya.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak, termasuk oleh FOMCA sendiri, isu utama yang menjadi keprihatinan pengguna ialah kos sara hidup yang kian meningkat. Oleh itu, semua parti perlu memasukkan dalam manifesto  mereka tentang cadangan mereka untuk mengurangkan kos sara hidup ini.

Dalam merangka manifesto tersebut, FOMCA menggunakan lapan hak pengguna sebagai landasan. Bagi setiap hak tersebut, diutarakan isu-isu kepenggunaan yang berkaitan.

]]>
FOMCA di pentas media 2012 - 2013 Wed, 15 Feb 2017 20:11:02 +0000
SAMBUTAN FOMCA @ 40 /v1/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2012-2013/148-sambutan-fomca-40 /v1/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2012-2013/148-sambutan-fomca-40 Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah ditubuhkan pada 10 Jun, 1973 di Alor Star, Kedah. FOMCA akan menyambut ulang tahun ke-40 dalam tahun 2013....

Baca berita selanjutnya pada 19 Disember 2012

]]>
FOMCA di pentas media 2012 - 2013 Wed, 15 Feb 2017 20:10:31 +0000
FOMCA UMUMKAN ULANG TAHUN KE-40 DAN LANCARKAN APLIKASI TELEFON PINTAR /v1/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2012-2013/147-fomca-umumkan-ulang-tahun-ke-40-dan-lancarkan-aplikasi-telefon-pintar /v1/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2012-2013/147-fomca-umumkan-ulang-tahun-ke-40-dan-lancarkan-aplikasi-telefon-pintar Petaling Jaya, 18 Disember 2012 – Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah mengadakan sidang media mengumumkan tentang ulang tahun FOMCA yang ke-40 yang akan diadakan pada 10 Jun 2013 di Balai Besar, Alor Setar, Kedah, tempat penubuhan FOMCA pada 10 Jun 1973.

Bersempena dengan ulang tahun tersebut, FOMCA telah merangka beberapa aktiviti, antaranya majlis sambutan ulang tahun,  pameran tentang FOMCA di sebuah pusat membeli belah, dua buah penerbitan tentang sejarah dan pencapaian FOMCA serta persidangan kepenggunaan.

Dalam usianya yang hampir menjangkau 40 tahun, FOMCA cuba untuk menilai kembali sejauh mana pencapaiannya dalam memperjuang kepentingan pengguna, dan dalam masa yang sama merancang hala tujunya pada masa hadapan. FOMCA juga akan menilai tentang tahap perlindungan kepenggunaan yang sedia ada di negara ini melalui persidangan yang akan diadakan pada tahun hadapan. Untuk tujuan itu, FOMCA akan menjadikan lapan hak pengguna dan Garis Panduan Perlindungan Pengguna Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai kerangka dan penanda aras dalam menilai status perlindungan pengguna di Malaysia.


Dalam bidang advokasi pula, FOMCA akan terus memberi tumpuan kepada isu-isu pengguna, seperti harga makanan yang semakin meningkat, jaminan dan keselamatan makanan, pengangkutan awam, penjagaan kesihatan, keperluan untuk standard, perkhidmatan kewangan, jenayah yang kian berleluasa, isu-isu berkaitan perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia dan perumahan.

Demikian juga bidang pendidikan pula, FOMCA akan terus memberi tumpuan kepada hak-hak pengguna, pendidikan kewangan untuk semua lapisan masyarakat, tenaga dan pemuliharaan air dan penggunaan yang berhemat. FOMCA akan menjalankan lebih daripada 450 program komuniti pada tahun 2013. Selain itu, FOMCA akan terus menerbitkan pelbagai penerbitan tentang pendidikan kepenggunaan, serta meningkatkan penggunaan laman sesawang dan media sosial untuk menyalurkan maklumat kepenggunaan.

]]>
FOMCA di pentas media 2012 - 2013 Wed, 15 Feb 2017 20:10:09 +0000
18 April hingga 24 April ialah MINGGU TANPA SKRIN /v1/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2012-2013/146-18-april-hingga-24-april-ialah-minggu-tanpa-skrin /v1/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2012-2013/146-18-april-hingga-24-april-ialah-minggu-tanpa-skrin 18 April hingga 24 April ialah MINGGU TANPA SKRIN

Pada 18 April hingga 24 April ialah MINGGU TANPA SKRIN (sebelum ini dikenali sebagai Minggu Tidak Menonton Televisyen). Kempen secara tahunan yang telah dianjurkan semenjak 1995 ini, bertujuan untuk menggalakkan para ibu bapa dan anak-anak untuk menutup televisyen dan peralatan berskrin di rumah, dan seterusnya meluangkan masa tersebut dengan melakukan pelbagai perkara lain bersama-sama sebagai satu keluarga.  

MENGAPA TANPA SKRIN?
Ini merupakan tahun keenam FOMCA mengadakan Minggu Tanpa Skrin. Media berskrin telah menghabiskan banyak masa keluarga, yang sepatutnya digunakan untuk melakukan aktiviti bersama. Tabiat ini juga merupakan sebab utama berlakunya masalah obesiti dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Tabiat menggunakan media berskrin untuk tujuan rekreasi secara yang berlebih-lebihan telah menyebabkan wujudnya gaya hidup yang suka bersendirian dan tidak banyak melibatkan dalam aktiviti fizikal. Justeru, tabiat ini tidak baik dari segi mental mahupun fizikal.

MINGGU TANPA SKRIN bertujuan untuk mewujudkan kesedaran bahawa masa menggunakan media berskrin perlu dihadkan kepada tidak lebih daripada 2 jam sehari. Kanak-kanak dan golongan muda didapati telah menghabiskan masa selama antara 4 hingga 6 jam sehari untuk menonton televisyen, bermain permainan video, atau menggunakan komputer untuk tujuan rekreasi.
Menutup media berskrin akan memberi peluang kepada anda untuk berfikir, membaca, mencipta dan membuat sesuatu perkara yang baru. Ia membolehkan anda bermesra dengan keluarga anda dan menggalakkan diri anda untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kekeluargaan.

]]>
FOMCA di pentas media 2012 - 2013 Wed, 15 Feb 2017 20:08:27 +0000