KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (香蕉视频) diminta untuk memperluaskan kawasan larangan merokok di pejabat khususnya di tempat tertutup.
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perkara ini perlu dibincang dengan majikan sebagai galakan kepada gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja.
鈥淒isamping kita memberi kebebasan kepada perokok untuk merokok tetapi perlu ada had kawasan.
鈥淪aya dapati ramai pekerja yang menggunakan tandas pejabat untuk merokok sekali gus memberi kesan kepada bukan perokok yang menggunakan kemudahan yang sama.
鈥淛usteru itu, majikan perlu menyediakan tempat khas bagi mereka supaya orang lain tidak terjejas,鈥 katanya selepas melepaskan peserta larian program My Jantungku 2019 di Putrajaya, hari ini.
Lebih 2,000 peserta menyertai program anjuran Pertubuhan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MOSHPA).
Turut hadir, Presiden MOSHPA, Datuk Dr Kanagaraja Raman dan Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Malaysia (JKKP) Putrajaya, Zailee Dollah.
Selain itu, Lam Thye, juga berkata, inisiatif larian ini berupaya meningkatkan kesedaran dalam kalangan pekerja berhubung kepentingan menjaga jantung yang menjadi pembunuh nombor satu negara.
鈥淪aya anggap aspek penjagaan jantung dan pengurusanya satu perkara penting justeru kesedaran mengenai sentiasa diperlukan.
鈥淕aya hidup yang sihat dalam kalangan pekerja membawa kepada peningkatan produktiviti,鈥 katanya.